Tuesday, October 18, 2011

Negeri Dibawah Bayu : Kisah kejayaan peneroka Umas (siri 2)

Ibu tunggal dengan tujuh anaknya yang kesemuanya berjaya dalam pelajaran.

Transkripsi kisah Udang Rosnah Dullah, 50, sedikit menyayat hati. Kematian suami, Allahyarham Julhari Haiyan sejak 11 tahun lalu sesungguhnya memberi transisi besar kepada kehidupan ibu tunggal itu.



USAHAWAN WANITA BERJAYA. Udang percaya, sekiranya seseorang penerokaitu rajin, Felda pasti akan menghulurkan bantuan seperti yang dimahukan.


Ketika itu, kata Udang, dia hanyalah seorang suri rumah.

Dia juga gusar dan tekanan semakin menguasainya lantaran memikirkan bagaimana mahu memulihkan taraf hidup sedangkan ilmunya tentang perniagaan sangat cetek.

Namun, apakah faktor yang mendorong penerima Anugerah Ibu Tunggal Paling Berjaya di Gugusan Felda Umas ini berjaya?

Ujarnya: “Kerja keras saya tak didorong oleh sesiapa tapi apabila saya melihat anak-anak perlukan masa depan yang cerah, saya terus bangkit untuk melakukan apa sahaja.”

Cendawan tiram

Dengan riak wajah penuh kesungguhan dan bebola matanya yang menahan air mata, Udang berkata, dia memulakan segala-galanya dengan menanam cendawan tiram hasil bantuan Felda.

Semangat untuk melihat zuriat-zuriatnya belajar hingga ke menara gading, membakar semangat Udang untuk terus menongkah satu fasa baru yang ternyata memberi manfaat kepada penduduk warga Felda Umas.

Dengan bantuan Felda, dia membuka kedai memproses gambar dan fotostat. Peribahasa sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain sesuai ditujukan kepada wanita keturunan Bajau Semporna itu.

Berkat kesungguhannya, pendapatan bulanannya kini sekitar RM5,000 sebulan.

Kehidupan Udang semakin bercahaya apabila anak-anaknya kini ada yang bergelar guru dan majoriti bekerja dalam sektor kerajaan.

Anak kelimanya, Julfikri Julhari, 19, pula sedang menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Sama ada Amarullah mahu pun Udang, kedua-duanya pernah pernah bergelut dalam merencana dan merubah derita keluarga. Usaha mereka yang tidak tidak pernah kenal erti jemu membuatkan mereka akhirnya menyeberang ke satu fasa yang penuh gemilang.

Seperti kata Udang: “Kita kena berani, kita kena cuba semua dan jika rajin, Felda pasti akan bantu kita.”

No comments:

Post a Comment