Thursday, October 20, 2011

Kapal dan pedang Viking ditemui selepas 1,000 tahun ditanam

PEDANG milik seorang panglima perang Viking yang ditemui
di Ardnamurchan, Scotland.
ARDNAMURCHAN, Britain - Beberapa ahli arkeologi menemui sebuah makam berusia 1,000 tahun yang menyimpan mayat seorang panglima perang bangsa Viking, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat tersebut disimpan dalam sebuah perahu sepanjang 17 kaki bersama pedang miliknya, kepala kapak dan sebuah cawan tanduk.

Penemuan tersebut dibuat di kawasan pedalaman tanah tinggi di Ardnamurchan, Scotland.

Ia merupakan makam Viking pertama di Britain yang ditemui dalam keadaan sempurna.

Berasal dari rantau Scandinavia merangkumi Denmark, Norway dan Sweden, bangsa Viking merupakan pelaut handal yang menjelajah ke seluruh Eropah sekitar abad kelapan.

No comments:

Post a Comment