Thursday, October 20, 2011

Buku teori genius matematik dipamerkan

BUKU yang mengandungi teori matematik Archimedes dipamerkan
di Muzium Seni Walter di Baltimore, Amerika Syarikat.
BALTIMORE - Buku berusia 1,000 tahun yang mengandungi teori matematik daripada ahli matematik terkenal dunia, Archimedes yang hidup pada kurun ketiga sebelum Masihi dipamerkan di Muzium Seni Walter di sini sejak Ahad lalu.

Sebelum ini buku itu dilelong pada harga AS$2 juta (RM6.21 juta) pada 1998.

Selepas pameran itu berakhir pada 1 Januari depan, ia akan dikembalikan kepada pemiliknya.

Archimedes tinggal di Greek Syracuse dan terkenal dengan teriakan Eureka yang bermaksud, saya telah menemuinya.

Dia menjerit perkataan itu selepas membuat penemuan mengenai teori pengapungan air semasa dia sedang mandi.

Archimedes juga dikenali kerana pencapaiannya yang mengagumkan seperti pam air, tulisan mengenai matematik dan lastik.

No comments:

Post a Comment