2011/10/02
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan, AirAsia menawarkan perkhidmatan penghantaran bantuan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada rakyat Filipina yang dilanda taufan Nesat pada Selasa lalu.
AirAsia dalam kenyataan di sini hari ini berkata, syarikat itu akan menyediakan ruang kargo penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Clark, Manila, Filipina untuk pengangkutan barang bantuan itu.
AirAsia kini mempunyai satu penerbangan langsung setiap hari dari Kuala Kumpur ke Manila, dan sekali sehari dari Kota Kinabalu.
Lebih 100,000 penduduk Filipina diarahkan berpindah ke kawasan selamat selepas hujan lebat dan angin kencang sehingga 170 kilometer sejam melanda negara itu. Kerugian awal dianggarkan bernilai hampir RM642 juta. -
No comments:
Post a Comment