Friday, October 28, 2011

Aidiladha jatuh pada Ahad 6 November ini

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkannya, malam tadi.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad Selasa, 6 November 2011,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment