p/s : kekadang kita perlu kemalangan macamnih untuk menyedarkan pemandu bahaya memandu rapat dengan kenderaan depan, kebelakangan ini ramai pemandu yang suka 'cucuk belakang' kononnya profesional.
SEREMBAN – Seramai 19 orang cedera selepas lapan buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Bukit Mas di sini semalam.
Jurucakap polis berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Mercedes dari arah Seremban telah merempuh sebuah lori yang datang dari arah Tampin.
“Ekoran perlanggaran itu, lima buah kereta dan sebuah van turut terbabit dalam kemalangan kerana kesemua pemandu gagal memberhentikan kenderaan masing-masing akibat jarak yang dekat antara satu sama lain,” katanya di sini semalam.
Enam mangsa terdiri dua lelaki dan empat perempuan daripada kenderaan berasingan yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) manakala 13 mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
No comments:
Post a Comment