Saturday, September 24, 2011

Satelit NASA terhempas ke bumi, lokasi belum diketahui???

CAPE CANAVERAL (Florida): Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) mengesahkan satelit sains yang tidak lagi berfungsi seberat enam tan sudah jatuh dari ruang angkasa menuju ke bumi.

Dalam laman Twitter agensi itu, Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) memasuki ruang angkasa bumi awal pagi tadi tetapi lokasinya terhempas belum diketahui lagi. Difahamkan, satelit berkenaan akan terbakar keseluruhannya.
UARS adalah satelit terbesar milik NASA yang terapung di orbit tanpa kawalan sejak 32 tahun lalu.

UARS dilancarkan dari kapal angkasa Discovery pada 1991.

NASA menamatkan khidmat satelit berkenaan pada 2005 selepas menurunkannya ke paras orbit rendah. - AP

No comments:

Post a Comment