Majlis rasmi akan bermula pada jam 9:30 pagi dan dijangka akan tamat pada jam 2:00 petang.
Pada majlis tersebut PDK Selayang akan menyampaikan sumbangan raya kepada Pelatih OKU PDK, anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik serta keluarga miskin yang telah dipilih oleh Jawatankuasa.
Pengerusi Penganjur Rumah Terbuka tersebut, Puan Jamaliah Ahmad menyeru individu-individu dan korporat-korporat yang prihatin dan dermawan, tampil membantu PDK Selayang menganjurkan majlis tersebut dengan menyumbangkan kewangan dan barangan (hamper/goodies bag) untuk disampaikan kepada para penerima sumbangan.
Sumbangan boleh disampaikan kepada PDK Selayang samada:
- Datang sendiri menyerahkan sumbangan ke pejabat PDK Selayang pada waktu pejabat 8:30am-5:00pm (Isnin-Jumaat) 9:00am-1:00pm (Sabtu).
- Menghantar dengan cara pos cek berpalang yang ditulis dan dibayar atas nama PDK Selayang.
- Mendepositkan ke akaun PDK Selayang/Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang di Agro Bank di akaun bernombor 1002391000016695
No comments:
Post a Comment