Jawatankuasa PDK Selayang yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh telah bermurah hati mengagihkan bonus raya 1432H kepada semua 17 orang kakitangannya.
Bonus berjumlah RM5,000.00 dibahagikan sebanyak RM300.00 seorang diberikan kepada 16 orang kakitangan yang cukup satu tahun bertugas dari Eidul-Fitri 1431H yang lalu sementara seorang kakitangan sementara mendapat bonus sebanyak RM200.00.
Menurut Dato' Pengerusi, ini adalah hasil dan komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan PDK, lebih baik komitmen dan kesungguhan ditunjukkan lebih banyakbonus akan diberikan.
Selain dari bonus raya, banus tahunan juga disediakan kepada semua kakitangan yang layak.
Jumlah bonus tahunan yang akan mereka terima pula adalah berbeza dari seorang kakitangan kepada kakitangan yang lain.
Ianya bersandarkan kepada ranking, tempoh lama berkhidmat di PDK dan output serta prestasi yang ditunjukkan oleh mereka semasa bertugas, ditambah dengan kesanggupan mereka bekerja lebih masa dan bekerja hujung minggu atau apabila diperlukan oleh pengurusan PDK.
Selain dari itu, baki cuti tahunan dan cuti rehat yang tidak diambil juga akan dijadikan bonus tambahan dengan mendarabkan RM25.00/sehari bagi baki cuti yang tidak diambil.
Dato' Pengerusi juga merakamkan perasaan sukacitanya di atas komitmen dan prestasi yang ditunjukkan kakitangan PDK ini.
Jawatankuasa PDK Selayang melalui Jawatankuasa Kecil Kewangan akan sedaya upaya mendapatkan dana untuk menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti PDK dari semasa kesemasa, termasuk mengambilkira kebajikan semua kakitangannya, tanpa mengganggu kewangan PDK sediada.
No comments:
Post a Comment