Thursday, September 22, 2011

Bolasepak : Khairul Fahmi penyelamat : Foto-foto perlawanan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PEMAIN negara, Mahali Jasuli (kiri) bekerja keras untuk menyekat kemaraan pemain Jepun,
Kazuya Yamamura pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Fukuoka semalam

Khairul Fahmi

SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.

SAGA, SAGA, JAPAN - SEPTEMBER 21: Yuya Osako #9 of Japan controls the ball during the 2012 London Olympic Men's soccer Asian third qualifier at Best Amenity Stadium on September 21, 2011 in Saga, Saga, Japan.

Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.



Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.

Malaysia's defender Keigo Higashi (L) tussles with Japan's forward Yuya Osako (R) during the men's London Olympic qualifying football match in Tosu, Saga prefecture on September 21, 2011. Japan beat Malaysia 2-0.

Hanya dua gol gagal dihalang Fahmi iaitu menerusi Keigo Higashi pada minit ke-11 dan Ryohei Yamazaki pada minit ke-77. Itu pun selepas Jepun mengasak bertali arus.



Ternyata skuad negara bukan lawan setanding untuk Jepun yang jelas memiliki kelebihan dalam segala segi baik kawalan bola, kawalan dan gaya permainan, ketenangan, skil, teknik serta taktik.

Malaysia's defender Mahali Jasuli (R) competes with Japan's Genki Haraguchi (L) during a  London Olympic football qualifying match in Tosu, Saga prefecture on September 21, 2011. Japan beat Malaysia 2-0.

Seawal minit kedua lagi Fahmi sudah diuji apabila berjaya menghalang bola satu-dua pemain Jepun di depan gawang sebagai tanda amaran betapa deretan percubaan bahaya bakal terus menyusul
selepas itu.



Ia ternyata benar apabila satu demi satu penyerang Jepun membolosi kubu negara menerusi gerakan-gerakan kemas dan menarik dari setiap penjuru.

SAGA, SAGA, JAPAN - SEPTEMBER 21: Kazuya Yamamura #8 of Japan and Mohd Muslim Ahmad #2 and Thamil Arasu Ambumamee #9 of Malaysia compete for the ball during the 2012 London Olympic Men's soccer Asian third qualifier at Best Amenity Stadium on September 21, 2011 in Saga, Saga, Japan.

Kegagalan pemain negara mengawal permainan dengan kemas dan memegang bola dengan yakin menjadi faktor kenapa tiada langsung percubaan bahaya berjaya diilhamkan anak-anak buah Ong Kim Swee sepanjang permainan.



Hanya di babak kedua, satu-satunya percubaan yang berjaya dicipta menerusi Thamil Arasu pada minit ke-63 tetapi belum sempat dapat meledakkan sepakan dari dalam kotak penalti, ia mudah dipatahkan pertahanan Jepun.

Japan's midfielder Hiroshi Kiyotake (R) plays against Malaysia's goalkeeper Khairul Fahmi Che Mat (L) and defender Mohd Zubir Mohd Azmi (C) during the men's London Olympic qualifying football match in Tosu, Saga prefecture on September 21, 2011. Japan beat Malaysia 2-0.

Dalam pada itu pujian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad negara kerana ampuh bertahan ketika berkampung di kubu sendiri.

No comments:

Post a Comment