Seorang peniaga bekalan makanan harian di Pasar Besar Pasir Puteh, Bidah Abdullah, 59, berkata, belalang padi memiliki keistimewaan tersendiri dan menjadi antara pilihan wajib peniaga untuk diniagakan menjelang Ogos sehingga Oktober setiap tahun kerana permintaan yang tinggi.
"Sejak berniaga lebih 20 tahun lalu, saya sering ambil peluang menjual belalang padi dan ia memang mendapat sambutan ramai penggemarnya," katanya di sini semalam.
Katanya, dia mendapatkan bekalan belalang padi daripada pemburu serangga berkenaan dengan harga RM25 untuk sekilogram.
"Saya kemudian menjualnya RM30 sekilogram, walaupun harganya agak mahal dan kadangkala tidak memberi pulangan modal, saya tetap menjualnya kerana ia antara makanan tradisi suatu ketika dahulu yang wajar diperkenalkan kepada generasi muda," katanya.
Belalang padi |
Belalang goreng (Indonesi) |
Gulai belalang padi (Malaysia) |
komen lari tajuk sket... nampak gambar pegang kamera masa pegi PDK Sri Kundang.... kamera apa bang?
ReplyDeleteAda akaun facebook?
Canon Power Shot SX30 IS, semi pro jeh, 35X zoom = dengan 840mm manual zoom, 14.1 megapixel.
ReplyDeletexpernah ada akaun fb, ntah mcm xminat!