p/s 1 : Tahniah untuk warga Bakri, dapat bangunan baru untuk PDK.
p/s 2 : Takziah untuk wartawan dan tuan editor, kerana beri salah makna untuk OKU (ORANG KURANG UPAYA makna untuk Malaysia kita), (orang kelainan upaya hanya digunakan oleh Indonesia, itupun bukan diberi makna untuk orang cacat (OKU) tetapi kelainan antara lelaki dan bapuk, wanita dan penkid)MUAR: Penduduk Bakri Batu 6, di sini, bakal mendapat bangunan baru Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) lebih selesa, selepas kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan RM200,000 bagi membina bangunan bermula akhir tahun ini.
Peruntukan yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu membolehkan orang ramai menggunakan bangunan baru di persekitaran lebih selesa.
Penyelaras PDK itu, Datin Zaidah Hatim berkata, sejak 10 tahun lalu, semua aktiviti PDK dijalankan di bangunan bekas kuarters kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Keadaan bangunan usang dan sempit mendorong pengurusan PDK memohon peruntukan daripada kementerian berkaitan untuk membina bangunan baru.
“Kami sudah mengenal pasti tanah milik JKR seluas 0.4 hektar bersebelahan Pusat Kesihatan Kecil di pekan Bakri yang sesuai dijadikan tapak bangunan baru. Kerja pembinaan dijadual bermula akhir tahun ini,” katanya.
Menurut Zaidah, PDK berkenaan adalah satu daripada dua PDK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, sebuah lagi terletak di Kampung Parit Tengah, Air Hitam.
“PDK Bakri menempatkan 20 pelatih sepenuh masa berusia 13 hingga 19 tahun yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) membabitkan kanak-kanak sindrom Down serta mereka berdepan masalah pembelajaran.
Sementara itu, penyelia PDK berkenaan, Latifah Mis, 49, berkata, pelbagai aktiviti dianjurkan membabitkan pemimpin dan penduduk setempat bagi menanam semangat rasa tanggungjawab dan prihatin anggota masyarakat terhadap OKU dan PDK.
“Antara program itu ialah membersihkan kawasan bangunan dan lawatan sambil belajar peserta serta kakitangan pengurusan ke PDK seperti ke PDK Tuaran, Sabah,” katanya.

Zaidah yang juga isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali berkata, bangunan baru itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan latihan dan pembelajaran kepada pelatih.
“PDK Bakri menempatkan 20 pelatih sepenuh masa berusia 13 hingga 19 tahun yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) membabitkan kanak-kanak sindrom Down serta mereka berdepan masalah pembelajaran.
“Selain diberi elaun khas, peserta berpeluang mengikuti latihan termasuk membaiki motosikal, pengurusan diri, menulis, membaca, kreativiti, permainan, rekreasi, vokasional, terapi muzik serta sukan,” katanya.
Sementara itu, penyelia PDK berkenaan, Latifah Mis, 49, berkata, pelbagai aktiviti dianjurkan membabitkan pemimpin dan penduduk setempat bagi menanam semangat rasa tanggungjawab dan prihatin anggota masyarakat terhadap OKU dan PDK.
“Antara program itu ialah membersihkan kawasan bangunan dan lawatan sambil belajar peserta serta kakitangan pengurusan ke PDK seperti ke PDK Tuaran, Sabah,” katanya.
No comments:
Post a Comment