Monday, August 8, 2011

Ramadhan : Ketua Menteri Melaka rai anak yatim, fakir

MELAKA: Keceriaan terpancar di wajah 50 anak yatim dan 513 fakir miskin apabila dirai dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di kediaman rasminya, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada Mohd Ali bagi diagihkan kepada 50 anak yatim dalam kariah Dewan Undangan Negeri Bukit Baru yang diwakilinya.

Sumbangan diberi Berita Harian Sdn Bhd (BH) dan AmIslamic Bank Berhad (AmIslamic) dalam Program Bantuan Fakir Miskin dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Bukit Katil.

Ia juga sempena Program Semarak Ramadan BH-AmIslamic.

Sumbangan pada majlis Program Bantuan Fakir Miskin dan Majlis Berbuka Puasa Parlimen Bukit Katil itu acara penutup Program Semarak Ramadan BH-Am Islamic yang dimulakan dengan Majlis Kenduri Rakyat Bersama Penduduk Taman Bahagia Bukit Baru diikuti penyampaian sumbangan di Bazar Ramadan Peringgit, dekat sini.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Eksekutif Rencana, Zainor Said dan Ketua Pengarang Berita BH, Ahmad Zaini Kamaruzzaman manakala AmIslamic diketuai Pengurus Besarnya, Datuk Zainal Abidin Mohamed; Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali dan Pengurus Wilayah Kawasan 3 AmBank, Mohd Azman Tajuddin.

No comments:

Post a Comment