Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, August 24, 2011

PDK Selayang : Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri : MKKM bawa OKU, Anak Yatim dan Kanak-Kanak Kurang Bernasib dari PDK Selayang

Seramai 11 Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU), 15 Anak Yatim dan Yatim Piatu serta 10 Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik dari PDK Selayang telah berpeluang berbuka puasa bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, di Seri Perdana pada 23 Ramadhan 1432H bersamaan Selasa 23hb Ogos 2011.


Ketibaan dan bergerak ke dewan banquet Seri Perdana
 Mereka dibawa dan dipelawa oleh Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) bersama-sama dengan 5 pertubuhan lain termasuk OKU PDK KIU dan rumah anak yatim lain.


mengambil tempat duduk


Pengangkutan juga disediakan oleh pehak MKKM.

Backdrop program

Mereka tiba seawal jam 5:00 petang di Seri Perdana dari PDK Selayang, dibawa masuk oleh petugas program ke dewan banquet Seri Perdana. Selepas mengambil tempat duduk, mereka dibawa pula untuk solat 'Asar bergilir-gilir.

Kemudian pada jam 6:00 petang, mereka dibawa pula ke dewan protokol Seri Perdana untuk mengikuti acara Khatam Al-Quran sempena tamat tadarus Al-Quran Ramadhan ini, dengan deketuai oleh YAB isteri Perdana Menteri.

Acara Khatam Al-Quran

Selepas tamat acara khatam Al-Quran mereka semua dibawa masuk semula ke dewan banquet untuk menikmati berbuka puasa.

YAB Perdana Menteri sedang menuju ke dewan banquet untuk berbuka puasa

Pada jam 7:45 malam mereka dibawa sekali lagi ke dewan protokol untuk solat Maghrib berjemaah, dan selepas tamat solat mereka kembali ke dewan banquet untuk menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh Kuzie Caterers.

Fuyuhhhh! Sedap!!!

8:05 malam seorang anak dari program permata insan memperdengarkan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan dendangan 2 nasyid oleh kumpulan nasyid program permata insan.




Sedang menikmati jamuan makan malam

Y. Bhg Datuk Paduka Zaleha Ismail, penaung Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia menyampaikan ucapan bagi pehak MKKM mengenai program tersebut dan program-program yang telah dan akan dijalankan oleh MKKM.

Muhammad Firdaus Suboh, salah seorang OKU dari PDK Selayang sedang
khusyu' mendengar dendangan nasyid. Beliau merupakan OKU dengan
'Minor Dysmophism'

Pada jam 8:30 malam acara yang memang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak iaitu penyampaian duit raya dan goodies bag oleh YAB Perdana Menteri.

Ucapan Y. Bhg Datuk Paduka Zaleha Ismail
Penaung MKKM

Acara penyampaian dimulakan dengan menyampaikan sumbangan kepada adik Muhammad Danial Azrai Mohd Nizam dan adik Syamil Amzar Hessam dua orang kanak-kanak kurang upaya (OKU) berkerusi dari PDK Selayang.

YAB Perdana Menteri sedang menyampaikan sumbangan kepada
Muhammad Danial Azrai Mohd Nizam dari PDK Selayang



kemudian kepada Syamil Amzar Hessam,
juga dari PDK Selayang

Semua penerima dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan, yang mana lelaki menerima sumbangan dari YAB Perdana Menteri sendiri manakala penerima perempuan dari anak dan menantu PM yang baru berkahwin.

kepada Muhammad Firdaus Suboh



kepada Muhammad Al-Kashah



Penyampaian sumbangan tamat 20 minit kemudian dengan semua hadirin diminta ke dewan solat untuk solat 'Isya' dan solat Tarowih berjemaah.


Oleh kerana ada beberapa kanak-kanak yang dibawa oleh PDK Selayang akan menghadapi peperiksaan esok harinya, delegasi PDK Selayang mohon diri untuk bergerak balik awal agar mereka mempunyai tidur yang cukup untuk menghadapi peperiksaan.

Sumbangan kepada kanak-kanak perempuan dibuat oleh anak dan menantu
YAB Perdana Menteri

Mereka tiba di perkarangan PDK Selayang pada jam 10:45 malam.

Kenang-kenangan sebelum pulang

Setiap kanak-kanak masing-masing  menerima satu goodies bag dan RM100.00 sumbangan dari YAB Perdana Menteri dan keluarga serta RM20.00 dari penyumbang yang tidak dapat dikenal pasti.

Jawatankuasa PDK Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada MKKM yang telah memberi peluang kepada warga PDK ini peluang yang jarang-jarang mereka dapat.

No comments: