Thursday, August 11, 2011

Lima kerajaan negeri umum bayar bonus penjawat awam

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan merupakan lima kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

p/s : Miss lagi Petugas PDK nak dapat bonus.

No comments:

Post a Comment