Monday, August 8, 2011

JKM belanja 1.2 bilion setahun bayar bantuan kepada 450,000 penerima

Harap tampil ke pejabat JKM


p/s 1: Ini termasuk bayaran double standart kepada rumah/pertubuhan anak yatim yang mendapat bantuan penuh samada dari Jabatan Agama Islam, Pusat Zakat atau BaitulMal.

p/s 2: tetapi apabila OKU atau pertubuhan/pusat OKU mohon dari Jabatan Agama Islam, Pusat Zakat dan BaitulMal, senario ini akan berlaku "Oh OKU, kena mintak dengan JKM" walaupun OKU itu berugama Islam atau pertubuhan/pusat OKU di asaskan oleh orang Islam............... mengapa terjadi begitu.
BUKIT JALIL: Mana-mana individu, keluarga atau rakyat negara ini yang masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya, diminta tampil ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan.

Langkah itu perlu bagi membantu kerajaan mengenal pasti golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus menyalurkan bantuan diperlukan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya melalui JKM membelanjakan RM1.2 bilion setahun bagi membantu kira-kira 450,000 rakyat setiap bulan.

“Orang ramai perlu tahu bahawa bantuan yang diagih ini bukan sekali saja, sebaliknya diberi kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan pada tiap-tiap bulan.

“Ini kerana, pihak kementerian percaya, kalau golongan terbabit tidak dibantu, mungkin keadaan mereka akan menjadi lebih teruk dan membahayakan,” katanya selepas menyempurnakan program 30-Hour Famine 2011, anjuran bersama World Vision Malaysia, Sin Chew Daily dan HELP University College di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Metro Ahad berhubung tindakan ibu empat anak yang terpaksa menerima ihsan dan sumbangan gereja bagi menyara hidup berikutan gagal mendapatkan bantuan sewajarnya daripada jabatan berkaitan.

No comments:

Post a Comment