Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor 2011 Tuan Nik Omar Nik Ab Rahman |
Sebanyak 30 buah PDK dihadiri oleh Pengerusi atau wakilnya dari 39 buah PDK dalam Negeri Selangor.
Penyelaras PDK Daerah-Daerah atau wakilnya juga turut hadir.
Beberapa resolusi dan maklumat telah dicapai dalam mesyuarat antaranya:
Maklumat:
- Buta sebelah mata, kini telah diiktiraf sebagai OKU. Mereka yang buta sebelah mata kini boleh mendaftar sebagai OKU dan mendapat Kad Kenal Diri OKu serta layak mendapat kemudahan seperti yang diperuntukan mengikut kategori dan syarat.
- Buku Garis Panduan Pengrusan PDK telah diedarkan kepada semua Pengerusi PDK arau wakilnya yang hadir.
- PKMD atau Penyelaras PDK tidak perlu menunggu minit mesyuarat atau arahan dikeluarkan, apabila sesuatu isu itu telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat.
- Pengurusan PDK (Jawatankuasa PDK) digalakkan untuk untuk menambah dana PDK selain dari yang diperuntukan oleh JKM/Kerajaan, dengan melibatkan penyertaan atau sumbangan dari masyarakat setempat.
- Penyelia PDK perlu memaklumkan kepada Jawatankuasa PDK mengenai penerimaan pendaftaran OKU yang baru (Pendaftaran Pelatih baru PDK), seelok-eloknya diluluskan penerimaan/pengambilan dalam Mesyuarat Jawatankuasa.
- Jawatankuasa PDK boleh mengambil/menerima pelatih baru sebelum Oktober tiap-tiap tahun, tetapi bayaran Elaun Khas OKU mestilah ditanggung oleh dana dari Jawatankuasa (tidak menggunakan peruntukan sediada dari JKM/Kerajaan). Ini untuk mengelakkan keluarga OKU menuntut Elaun Khas OKU sebelum diluluskan oleh JKM.
- Pengerusi PDK berhak mewakilkan Timbalan Pengerusi atau Setiausaha atau Bendahari atau AJK atau sesiapa sahaja yang dipercayainya untuk mewakilinya dalam Mesyaurat Jawatankuasa Penyelarasan PDK Negeri, jika beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut.
2 comments:
ooo...baru dapat tahu gak nie pasal buta sebelah mata dah di takrifkan sebagai OKU.
kena bagitau kenkawan tuh!
Post a Comment