BARU-BARU ini saya telah terlafaz cerai terhadap isteri saya ketika dalam keadaan marah. Adakah jatuh talak pada isteri saya?
p/s 1 : bagi Muslim, tak perlulah buat ritual cerai macam kat Jepun tuh!
p/s 2 : bagi bukan Islam, mungkin satu konsep yang bagus (bukan cadangan penulis).
JAWAPAN:
Pasangan suami isteri yang telah diijabkabulkan dengan cara yang sah dari segi syarak mempunyai tanggungjawab terhadap rumah tangga yang telah dibina.
Walaupun Islam menetapkan talak itu di bawah kuasa suami namun, secara umumnya talak tersebut jatuh sekiranya ia dilafazkan dengan lafaz yang sorih (jelas) sekalipun tanpa niat dan dalam keadaan marah yang biasa, dilafazkan oleh suami yang berakal, baligh dan dengan pilihan sendiri.
Talak bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Tiga perkara yang sekiranya dibuat sungguh-sungguh atau mempermain-mainkannya akan terjadi iaitu nikah, talak dan rujuk (Hadith riwayat al-Tirmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah).
Oleh itu anda dinasihatkan merujuk ke Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut dengan segera. Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu lafaz talak itu sama ada jatuh atau tidak.
Walaupun perceraian diharuskan syarak, langkah bijak perlu diambil bagi mengelak daripada berlakunya konflik yang boleh membawa kepada perceraian. Antaranya:
i) Pasangan perlu sentiasa bersikap terbuka apabila berdepan dengan sesuatu isu atau masalah, tidak mudah melenting, segera meminta maaf bila menyedari kesalahan diri dan sentiasa bertolak ansur di dalam rumah tangga.
ii) Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud "... dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik"(al Baqarah : 19)
iii) Menerima pasangan seadanya iaitu suami atau isteri perlu mengakui kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan mereka
p/s 3 : melambat-lambatkan pengesahan cerai juga boleh diklasifikasikan sebagai mempermain-mainkan nikah, talak dan ruju'. Kalau dilihat sepintas lalu pun, khalayak telah tahu pemain-pemainnya yang paling tak cekap ialah Pegawai Syari'ah, kerana mereka yang paling memahami bagaimana untuk melewat-lewatkan pengesahan lafaz cerai, pemain kedua tak lain tak bukan pehak lelaki (suami atau mungkin bekas suami {jika mereka telah lafazkan talak}), pehak ketiga ialah wanita (isteri atau bekas isteri {jika talak telah dilafazkan}) yang selalu tertipu oleh pehak kedua dan pertama.
No comments:
Post a Comment