PARA pelajar kini boleh memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran apabila PTPTN menambah pinjaman dari RM20 bilion kepada RM60 bilion pada tahun ini.
MARAN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pinjaman kepada 235,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan itu sebagai usaha berterusan kerajaan melahirkan generasi baharu negara yang berpendidikan tinggi.
"PTPTN menambah jumlah pinjaman daripada RM2 bilion kepada RM6 bilion tahun ini supaya pelajar dapat menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran," katanya selepas majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) peringkat Parlimen Kuala Krau di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di sini semalam.
Sementara itu, beliau berkata, PTPTN memungut hutang sejumlah RM600 juta daripada peminjam yang disenarai hitam dan tidak dibenar keluar negara sejak langkah itu dilaksana dengan kerjasama Jabatan Imigresen pada tahun lepas.
p/s ; Harap mereka panadai bereterima kasih dan bersyukur di atas kemudahan yang disediakan serta akan membayar pinjaman tersebut sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment