Wednesday, April 27, 2011

Pemerdagangan Manusia : 797 mangsa berjaya diselamat

PUTRAJAYA - Seramai 797 mangsa kes pemerdagangan manusia dari 20 buah negara berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa sehingga 31 Mac lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang terdiri daripada 505 wanita, 223 lelaki dan 69 kanak-kanak itu telah mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) dan ditempatkan di rumah perlindungan.

"Statistik terkini mangsa yang berada di rumah perlindungan sehingga semalam ialah 50 wanita, 55 lelaki dan 23 kanak-kanak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

p/s : kekadang tu, mereka yang rela diperdagangkan, konon antaranya untuk memudahkan mereka berhijrah ke negara ketiga seperti Australia, New Zealand, Korea dan Jepun.

No comments:

Post a Comment