Wednesday, April 27, 2011

Obesiti : Sikap ibu bapa ANTARA punca.

p/s 1 : Tajuk berita disesuaikan dari tajuk asal - pada pandangan penulis.

p/s 2: Banyak sebab dan punca obesiti. Pada pandangan penulis semua pehak yang terbabit, bukan satu kumpulan tertentu, antaranya:

  • Kementerian Pendidikan Malaysia - tak pernah mengeluarkan satu garis panduan pun sejak dahulu, kini dan mungkin selamanya.
  • Sekolah - Guru besar dan guru-guru nak makan sedap, bila ada PIBG atau ibubapa yang bersuara mereka kata "SE - D - UP YOU"!
  • Murid/pelajar, juga pandai pilih yang sedap.
  • Ibubapa/penjaga - sudah tentu nak beri anak/anak-anak mereka makanan yang sedap dan berkasiat, cuma terlebih amaun je! kang anak kurusssssss, kata tak beri makan lak! Itu pandangan ibubapa/penjaga yang TENTU MEREKA TAK NAK DENGAR. Jadi tak salahlah ibubapa/penjaga tak nak dengar cakap mereka juga.
  • Tukang kantin tentu nak untung, jadi jual le atas permintaan, sebab tak ada garis panduan (he heh, AKTA pun mereka pijak dan lanyak).
  • Contoh paling ketara : MENTERI GEMUK, PEGAWAI PELAJARAN GEMUK, GURU BESAR GEMUK, CIKGU (termasuk CIKGI) GEMUK, IBUBAPA/PENJAGA GEMUK, TUKANG KANTIN PUN GEMUK, MURID/PELAJAR JUGA PASTI GEMUK (apa gemuk-gemuk MONTEL apa!)..
  • KOD GEMUK:
    • G = GEBU
    • 2G = GEMBUR.
    • 3G = GEMPAL.
    • 3.5G = GEMBOL.
    • 4G = GEMUK
    • 5G = GEMUK GEDEMPUL, he he he jangan mare!
    • 6G = Game Over (kalau tak naik troli, mesti naik lori).

KUALA LUMPUR — Beberapa persatuan hari ini sependapat sikap ibu bapa yang kurang memberi penekanan terhadap amalan pemakanan sihat adalah punca obesiti pada kalangan anak-anak mereka.

Wakil persatuan terbabit juga bersetuju agar pihak berkuasa tempatan (PBT) segera mengambil tindakan terhadap peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar kawasan sekolah.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, selain menekankan amalan pemakanan baik yang sepatutnya bermula dari rumah, ibu bapa juga perlu memantau pemakanan anak-anak selepas habis waktu sekolah.

"Ibu bapa sepatutnya datang awal ke sekolah untuk ambil anak mereka supaya mereka dapat memantau makanan yang dibeli oleh anak-anak mereka terutamanya selepas pulang dari sekolah.

"Pemantauan ini penting bagi mengelakkan anak mereka membeli makanan yang tidak sihat terutamanya bagi yang masih bersekolah rendah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Pandangan serupa turut dinyatakan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Ali Hassan yang berkata, ibu bapa seharusnya lebih prihatin dengan pemakanan anak mereka.

Beliau turut mencadangkan agar ibu bapa mengehadkan kunjungan ke restoran makanan segera. —Bernama

No comments:

Post a Comment