Amy |
Pengumuman itu dibuat ketika Tirai AF9 yang berlangsung di Pusat Beli Belah AEON AU2, Setiawangsa, dekat sini, malam tadi. Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, Astro dan keluarga AF gembira dan bertuah dengan persetujuan Amy untuk menerajui AF pada kali ini.
“Pengalaman dan kredibiliti Amy dalam bidang seni sememangnya tidak perlu disangkal lagi.
“Dengan sokongan barisan tenaga pengajar yang lain seperti Fatimah Abu Bakar, Syafizawati Sharif, A Aris A Kadir, Adlin Aman Ramlie dan juga Ning Baizura, kami yakin Amy mampu menerajui akademi dan membimbing pelajar untuk menjadi bintang,” katanya.
AF9 mula disiarkan di Astro Ria (saluran 104) melalui konsert pengenalan, Tirai AF, malam tadi. Ia diikuti siaran Diari AF dari Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam bermula esok, dan Konsert AF setiap Sabtu, bermula 9 April ini.
Dua belas pelajar yang terpilih untuk menyertai AF kali ini adalah Afif, Amir, Azri, Erul, Kay, Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera.
Antara nama besar yang pernah menjadi pengetua program realiti popular ini ialah Datuk Freddie Fernandez (AF1), Datuk Haji Ramli MS (AF2), Datuk M Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5), Datuk Haji Ramli MS (AF6), Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) dan Norman Abdul Halim (AF8).
Juara AF bakal membawa pulang wang tunai RM200,000 serta hadiah lain yang akan diumumkan kemudian.
No comments:
Post a Comment