Thursday, March 3, 2011

New Zealand Quake : Bawa nasi beriani ke Christchurch

SEPANG: Nasi beriani, kari dan daging masak kurma antara bekalan makanan yang dibawa dalam misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk 636 rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi di Christchurch, New Zealand, 22 Februari lalu.

Seramai 30 anggota sukarelawan termasuk 20 anggota paramedik dan 10 pengamal media tempatan berlepas jam 9.35 malam tadi membawa lima tan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain untuk mangsa bencana itu.

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pasukan berlepas menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan dijangka tiba kira-kira jam 5 petang keesokan harinya (12 tengah hari waktu Malaysia).

“Delegasi yang tiba di Lapangan Terbang Christchurch dijangka disambut Ketua Operasi Misi di sana, Ayauf Bachi dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia-Christchurch, Dr Rosli Mohammed.

“Semua delegasi sukarelawan dibawa meninjau Bilik Operasi Gempa Bumi Malaysia di Christchurch, sebelum diberikan taklimat mengenai kedudukan semasa bencana,” katanya yang ditemui semalam

No comments:

Post a Comment