Thursday, March 3, 2011

Bekas YDP Selayang didakwa luluskan biaya selenggara rumah sendiri

SHAH ALAM: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas.

Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan MPS, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumahnya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung.

No comments:

Post a Comment