Thursday, February 3, 2011

Victory Monument @ Bangkok

Foto berlatar belakangkan Victory Monument ini diambil dari atas jejantas yang kelihatan seperti round about terapung setinggi bangunan 4 tingkat mengelilingi 3/4 bulatan dan monument tersebut pada 31hb Januari 2011. Terdapat 8 tangga untuk turun dan naik dari Jalan Rachawithi (Victory Monument) dan Lebuhraya Phya Thai (8 lorong-kalau nak maut percuma silakan melintas di bawah).


Victory Monument, bangunan di belakang kebanyakannya adalah hospital,
Hospital Umum, Hospital kanak-kanak dan Wanita, Hospital Bersalin,
Hospital Veteran, Hospital Universiti (Fakulti Perubatan Universiti Mahidol),
Hospital Tentera, Army Nursing College



Penulis sedang bergambar berlatanr
belakangkan Victory Monument
Untuk ke Victory Monument agak mudah, kerana ia terletak di stesyen BTS Victory Monument, kan senang! Samada naik dari stesyen Mo Chit (berhampiran pasar Chatuchak) atau dari hujung yang satu lagi iaitu stesyen On Nut. Tambang! tanya je kat Quatermaster mana-mana stesyen.

No comments:

Post a Comment