Thursday, February 3, 2011

Terusan Diraja @ Bangkok

Ada pekerja sedang membersihkan air pancut di terusan tersebut
Semasa berjalan kaki mencari bangunan APCD (Asia-Pacific Council for Disability) yang terletak di 255 Jalan Rachawithi, kami tersua dengan kawasan Istana Raja Thai (kami tak tahu nama istana tersebut). Terletak di persimpangan jalan Rachawithi dan Jalan Sawankhalok (luasnya kami tak tahu, mungkin lebih kurang 200-300 hektar/500-750 ekar).


Kami mengambil kesempatan bergambar di tepi terusan tersebut, (nasib baik pengawal yang ada cuma teesenyum melihat kami), antara terusan dan Jalan Rachawithi terdapat pavement deretan pokok bunga (bunga misai kucing).

Terdapat satu lagi istana yang diberi nama Phaya Thai Palace terletak di Jalan Rachawithi (kawasan larangan ambil gambar), jadi kami tengok dari luar aje le.

Bunga Misai Kucing menghiasi tebing terusan Diraja

No comments:

Post a Comment