Sunday, February 6, 2011

Selangor tumbang di Shah Alam

p/s: Tahniah Kelantan; Selangor teruskan usaha.


Oleh Ahmad Fiesal Othman dan Sukhairi Thani

bhsukan@bharian.com.my, 2011/01/30

PEMAIN Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar (kiri) dan Yosri Derma Raju
 (kanan) menghalang kemaraan pemain Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha
pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Merah Kuning bimbingan Devan akur betapa Kelantan lebih hebat kali ini
SELANGOR hadir dengan misi mahu mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah tetapi akur betapa Kelantan lebih hebat kali ini apabila tumbang di gelanggang sendiri, malam tadi.
 
Apapun, jaringan penalti pada awal babak permainan perlawanan sumbangsih itu dikatakan punca skuad Merah Kuning gagal bangkit kembali, sebaliknya percaturan lawan untuk mengasak sebaik wisel permulaan membutirkan hasil. “Gol pertama Kelantan sudah membunuh kami dan permainan kami menjadi sukar selepas itu. Ia tidak banyak berubah. Apapun, saya tidak mahu menyalahkan pemain. Mereka beraksi dengan baik dan kami akan kembali dalam perlawanan berikut,” kata jurulatih Selangor, K Devan.


Barisan the Red Warriors hanya sempat berlatih tiga hari bawah jurulatih baru, Datuk M Karathu dan masih segar daripada kejayaan tiga bulan lalu apabila muncul juara Piala Malaysia. Malam tadi, mereka membuktikan semangat untuk mencipta kemenangan pada perlawanan pembuka tirai Liga Super untuk musim baru.

Selain gol pembukaan pada minit ke-8 hasil penalti disempurnakan Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi pemisah awal kedua-dua pasukan, aksi 10 minit awal permainan nyata milik Kelantan yang beberapa kali melancarkan serangan berbahaya ke kubu Selangor termasuk dua sepakan percuma dari luar kotak penalti yang hanya sedikit tersasar.

Selepas rehat, aksi berbalas serangan berterusan dan walaupun Merah Kuning berusaha keras mencari gol penyamaan, sebaliknya Kelantan yang berjaya menambah gol pada minit ke-83 menerusi kaptennya, Mohd Badhri Mohd Radzi

No comments:

Post a Comment