Friday, February 4, 2011

Penumpang teksi maut nahas

p/s: Sepatutnya pelajar asing tidak dibenarkan membawa/memandu kenderaan sendiri seperti di Jepun, Singapura dan Hong Kong. Mereka hanya boleh berbasikal atau menaikki pengangkutan awam sahaja.

zaini.hadi@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan sebuah teksi selepas terlibat dalam kemalangan
hingga mengorbankan seorang penumpang wanita
di Jalan Khidmat Usaha dekat Masjid Wilayah pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR - Malang menimpa seorang wanita apabila dia maut ketika menjadi penumpang kepada sebuah teksi yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Khidmat Usaha berdekatan Masjid Wilayah di sini pada Isnin lalu.

Kejadian pukul 7.20 malam itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Rahmah Zainal Abidin, 55, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, teksi yang dipandu oleh seorang lelaki itu telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Suzuki yang dipandu oleh pelajar warga Cameroon.

Katanya, kejadian berlaku apabila teksi tersebut dilanggar di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat di lokasi kejadian. Ketika itu lampu isyarat berwarna hijau dan laluan adalah untuk teksi berkenaan.

No comments:

Post a Comment