Friday, February 4, 2011

At Last : Laluan Terapung untuk keselesaan pengunjung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

p/s 1: Laluan atas/terapung seperti ini telah lama ada di Kota Bangkok, kalau tak salah saya telah ada semasa kunjungan saya ke sana pada tahun 2002 lagi.

p/s 2: Di Jepun, walaupun mungkin agak kurang laluan atas seperti ini, tetapi ia mempunyai banyak laluan bawah tanah dan ada tempat-tempat tumpuan pelancong atau penggunanya terlalu ramai mereka wujudkan Underground Town.
p/s 3: Penyediaan laluan ini amat perlu untuk pengunjung KLCC dan sekitarnya terutamanya yang mementingkan keselamatan dan kemudahan/keselesaan (tetapi ramai juga yang sudi menggadaikan nyawa mereka secara percuma), tambahan tempat letak kereta yang memang agak terhad. Maklumlah kenderaan peniaga-penoaga dan kakitangan KLCC saja dah tak cukup parking, tambahan dengan pengunjung yang berkenderaan (hujung minggu atau bila ada majlis/pameran) menyebabkan pengunjung terpaksa mencari kawasan letak kereta alternatif di sekitar KLCC.

p/s 4: Dicadangkan Pengurusan KLCC perlu membina parking bawah tanah dibawah Taman KLCC untuk menambah ruang letak kereta.
PUSAT Konvensyen Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah kepada
lebih 3,857 acara tempatan dan antarabangsa sejak 2005.
KUALA LUMPUR - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bakal memiliki laluan atas pejalan kaki sepanjang dua kilometer yang dijangka siap pada bulan ini.

Pengurus Besar KLCC, Datuk Peter Brokenshire berkata, laluan atas yang selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pembangunan Kuala Lumpur itu akan menghubungkan KLCC dengan lokasi menarik dan hotel di sekitar ibu kota.

Apabila ia dibuka secara rasmi, ia akan menyediakan laluan yang selesa dan menyenangkan pengunjung untuk berulang alik dari pusat konvensyen ke hotel, pusat beli-belah dan tempat menjamu selera di kawasan sekelilingnya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Laluan itu merupakan sebahagian daripada rancangan pembinaan jangka masa panjang laluan pejalan kaki yang sepanjang 42 kilometer.

Jambatan atas itu akan menggabungkan KLCC dengan Hotel Grand Hytatt yang kini masih dalam pembinaan dan projek pembesaran Hotel Impiana KLCC Fasa Kedua.

No comments:

Post a Comment