Monday, February 7, 2011

Mesir : Kumpulan pertama pelajar dari Jeddah ke Tanahair tiba pagi ini

JEDDAH: Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama jam 6.30 petang semalam waktu tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai 320 orang menaiki penerbangan AirAsia itu, diikuti 442 lagi menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) berlepas jam 8 malam semalam (waktu tempatan).

“Kedua-dua penerbangan itu dijangka tiba serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 9.30 pagi (hari ini),” katanya kepada kumpulan pertama pelajar yang akan berlepas pulang, di sini, semalam.

Jamil Khir juga memberitahu kumpulan pelajar itu bahawa ketibaan mereka akan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

baca lagi @ Metro

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KumpulanpertamapelajardariJeddahtibapagiini/Article/index_html

No comments:

Post a Comment