Monday, February 7, 2011

Mesir ; 4,733 rakyat kita dapat dibawa keluar.

KUALA LUMPUR: Seramai 4,733 rakyat serta penuntut Malaysia dapat dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir yang sedang bergolak ke Jeddah menerusi Ops Piramid.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun memberitahu Bernama, sehingga jam 10 pagi semalam, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat C-130 memindahkan 1,808 orang, tiga pesawat MAS (1,791) dan dua pesawat AirAsia (1,134).

Ops Piramid adalah usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.- Bernama

No comments:

Post a Comment