Monday, February 28, 2011

Berlian yang tidak diketahui nilai dipamerkan

Cora Sun Drop, hingga tidak boleh dinilai.
Kini dipamerkan di Muzium Semula Jadi di London.
LONDON - Sebutir berlian sebesar ibu jari orang dewasa yang harganya tidak dapat ditentukan kerana ia amat jarang ditemui kini dipamerkan di Muzium Semula Jadi London, lapor sebuah akhbar semalam.

Berlian itu yang diberi nama Cora Sun Drop dipamerkan setelah ia dipinjamkan daripada syarikat Cora International.

Kurator muzium itu, Alan Hart berkata, dia tidak pernah melihat berlian berwarna kuning seperti itu yang amat bercahaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cora International, Suzette Gomes, berlian yang berwarna itu amat sukar dihasilkan kerana ia melibatkan kerja-kerja pemotongan yang rumit.

No comments:

Post a Comment