Friday, January 21, 2011

Pulangkan segera syiling diambil

SEREMBAN: Pengguna jalan raya yang memungut dan mengambil duit syiling bertaburan dalam kemalangan di Kilometer 244, Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Rembau, di sini, pada Selasa lalu diminta memulangkan semula wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, duit syiling yang diambil itu boleh diserahkan di mana-mana balai polis berhampiran dengan kediaman mereka.

p/s: patut pun duit tersebut dipulangkan, kerana duit tersebut ada tuannya, duit tersebut bukan sengaja ditaburkan untuk dipungut oleh orang lain, tuanpunya duit tersebut kemalangan, cuba kalau kita yang kemalangan, orang lain pungut duit kita yang berterabur, mungkinpun kalau tak banyak mana, sikit manapun duit kita tu, tentu kita akan marah. silap haribulan siap sebut 'aku tak halalkan dunia akhirat'....

No comments:

Post a Comment