Datuk Misbun Sidek |
KEMENANGAN sememangnya dalam jangkaan buat pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, tetapi penampilan khas jurulatihnya Datuk Misbun Sidek mengejutkan seluruh isi stadium.
Sebelum perlawanan bermula, Misbun bersama Tay Seu Bock duduk di bangku jurulatih di tepi gelanggang menggamatkan stadium dengan sorakan peminat.
Kehadiran Misbun ternyata mengubah corak permainan Chong Wei. Dia menang 21-6, 21-9 dalam masa hanya 23 minit.
Chong Wei yang tersenyum selepas perlawanan berkata dia berasa selesa bermain dengan kehadiran Misbun “Saya terkejut juga dia datang. Saya tidak tahu bila dia akan datang tapi ketika memanaskan badan dia ada dekat saya,” kata Chong Wei selepas perlawanan.
“Misbun pernah janji pada saya dia akan datang membantu, jadi saya gembira kerana beliau tunaikan janji, jadi saya amat gembira. Saya harap esok (hari ini) dia datang, dan segala masalah ini diselesaikan dengan baik.” Dalam pada itu, hasrat untuk mendapatkan reaksi daripada Misbun mengecewakan selepas jurulatih itu lebih pantas meninggalkan Stadium Putra.
Menurut Seu bock, Misbun ada memberitahunya yang beliau datang demi negara
Sementara itu, kehadiran Misbun turut mengejutkan pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Setiausaha Kehormat, Ng Chin Chai berkata bahawa mereka tidak menjangka Misbun akan datang hari ini tetapi pasti beliau akan datang.
“Sebenarnya selepas mesyuarat Exco tempoh hari kami menghantar surat kepada Misbun meminta beliau menimbang semula peletakan jawatan. Dalam surat itu kami turut menjemputnya datang membantu Chong Wei demi kepentingan negara, jadi saya gembira dia datang,” kata Chin Chai.
Dalam pada itu, Pengarah Prestasi Tinggi Datuk James Selvaraj meminta semua pihak memberi ruang kepada Misbun dan Chong Wei.
p/s: Kami percaya, Datuk Misbun masih sayangkan Negara dan Badminton (serta Datuk Lee Chong Wei), cuma BAM yang masih keliru, maklumlah dalam BAM tu berbagai lidah yang ada, termasuk lidah bercabang (Datuk Presiden masih keliru, yang mana satu ular, yang mana satu biawak).
HIDUP MISBUN
HIDUP CHONG WEI
HIDUP BADMINTON
katanya anak didik misbun selalu dok main kat selayang mall setiap hari selasa jam 9-11pm. betul ker? hihiihih
ReplyDeleteDengor kabor gitu juga! heheheee
ReplyDelete