MELAKA: Nasib Muhammad Ilham Mohd Yusof, 27, yang terlantar sejak lima bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, mendapat simpati Pembela BN Negeri Melaka yang berkunjung ke rumah keluarganya di Lorong Permatang, Klebang Besar, kelmarin.
Ketua Penyelia Pembela BN Negeri Melaka, Amir Hamzah Ab Aziz, berkata pihaknya sudah berbincang dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) negeri mengenai status bekas juruteknik itu dan pihak berkenaan sedang dalam proses menguruskan tuntutan.
Menurutnya, jika layak, Perkeso bersedia membiayai kos peralatan khas diperlukan Muhammad Ilham seperti katil dan kerusi roda khas dilengkapi mangkuk membuang air besar.
Katanya, dalam pada itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan tiada masalah untuk menyumbang sebuah katil dan kerusi roda khas kepada Muhammad Ilham jika keadaan memerlukan.
“Kami percaya penjaga Muhammad Ilham akan menerima bantuan bagi kategori penjaga pesakit terlantar dalam masa terdekat ini yang sedang diproses JKM.
“Selain itu, saya difahamkan Japerun Klebang menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Seet Har Cheow sudah menyumbang bantuan lampin pakai buang untuk keperluan Muhammad Ilham,” katanya ketika mengunjungi Muhammad Ilham.
Hadir sama, Peguam Pembela BN Negeri Melaka, Koh Tiam Guan; Sidang Kampung Klebang Besar, Hamzah Ibrahim; Setiausaha Japerun Klebang, Sidang Yusof Ibrahim dan wakil JKM, Noraniza Ahmad.
Juruteknik yang dulunya aktif dalam pelbagai aktiviti tidak lagi mampu berbuat demikian apabila terlantar di rumah keluarganya di Lorong Permatang, Klebang Besar, di sini, selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 31 Ogos tahun lalu.
Muhammad Ilham hanya mampu menghirup udara segar di halaman luar rumah jika diusung keluar abangnya dengan kerusi roda.
Sementara itu, Muhammad Ilham berkata, sejak keluar dari hospital, dia perlu menjalani rawatan terapi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, sebulan sekali dengan kos RM200 bagi setiap sesi.
p/s: Perkhidmatan JKM semakin baik, kalau nak banding dengan dulu.
hehehe, suka ayat last tuh.
ReplyDeletehe heee, up ckit! tak gitu!!
ReplyDelete