Tuesday, January 25, 2011

Penapis Air Boleh Memudaratkan Jika Tidak di Selenggara/Servis

Kosmo; Oleh JUNHAIRI ALYASA; junhairi.alyasa@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria.

Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya.

"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.

p/s: Fakta: Fungsi klorin di dalam air ialah untuk membunuh bakteria, dengan menggunakan penapis, klorin juga akan ditapis dan dibuang dari air. ini menjadikan air yang telah ditapis dan disimpan lama kurang/tidak selamat untuk diminum terus, walaubagaimanapun tabiat memasak air walaupun telah ditapis adalah amat digalakkan.

2 comments:

  1. secara serius, air yang di rawat kat sini (kawasan lain saya tak pasti) amat bersih dan jernih berbanding yang di rawat di tempat asal saya (KB)

    ReplyDelete
  2. Air memang bersih tapi paip tu tak bersih. tiap kali takda air,memang ketara sangat air tu kuning bila air dah ada..

    ReplyDelete