Sunday, January 23, 2011

Kadar Perceraian di Malaysia Meningkat Angkara Facebook?

Benarkah!?

Apa Benar!!?



Benarkah kadar penceraian di Malaysia meningkat angkara laman sosial terbesar di dunia sekarang ini, Facebook?


Memang tidak ada kajian khas dilakukan dalam menangani isu ini sebenarnya, namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.

Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggungjawap masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggungjawap itu memang ada hubung kait dengan 'ketagihan' sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah paham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.

Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri. Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari awek-awek lama, yang si isteri pula, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.

Tapi dalam secara tak sengaja, boleh menimbulkan kembali nostalgia lama. Kena pula dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mulalah jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya maruah tergadai, anak-anak terbiar dan bercerai-berai kesudahannya.

Akhir kalam, yang penting, apakah niat kita sebenarnya, nak cari kawan atau nak cari padah, itu anda yang tentukannya. Persoalannya, kenapa anda ber-facebook???

dapatkan di: http://budulagend.blogspot.com/2010/11/kadar-penceraian-di-malaysia-meningkat.html

No comments:

Post a Comment