Sunday, January 23, 2011

Facebook Punca Perceraian Meningkat

p/s: Ikuti berita sensasi ini:

Nampaknya makin tepat apa yang diramal oleh beberapa pakar perunding rumahtangga di Malaysia, beberapa laman sosial telah meningkatkan kes perceraian di kalangan rakyat Malaysia.

Tetapi begitulah orang kita, selagi tak kena batang hidung selagi tu payah nak percaya.

Nasib baiklah saya tak menggalakkan keluarga saya menggunakan Facebook (pissbook kata seorang Penyelia PDK tuh!)
Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.


cont'd at: http://budulagend.blogspot.com/2010/11/kadar-penceraian-di-malaysia-meningkat.html

MARRIAGES are breaking down faster than they are being built. The divorce rates in Malaysia are rising sharply.



In 2002, for every 9.6 marriages registered, there was one divorce. Last year, in every 6.1, there was one.


Researcher John Emmanuel Kiat said while the number of marriages had increased by 21 per cent (153,318 to 199,586) from 2002 to last year, the number of divorces had gone up by as much as 105 per cent (16,013 to 32,763) during the same period.


Kiat, a Statistics and Cognition tutor in HELP University College, described the jump as "statistically significant".

cont'd at: http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=503686


KANGAR 27 Mac – Keruntuhan institusi keluarga di Perlis membimbangkan berikutan 502 pasangan atau kira-kira 25 peratus daripada 2,037 pasangan Islam yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun lepas berakhir dengan perceraian.



Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, bagi tempoh antara Januari sehingga pertengahan bulan ini sahaja, lebih 120 pasangan bercerai.

cont'd at:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm



LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.

Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.

Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.


Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir.

No comments:

Post a Comment