Thursday, January 27, 2011

Daftar e-Kasih bukan jaminan bantuan; Apakah Benar!?

Berita Harian; 2011/01/26

KUALA LUMPUR: Pendaftaran terbuka data keluarga miskin dalam sistem maklumat kemiskinan negara (e-Kasih) bukan penentu kelayakan untuk mereka menerima bantuan mengikut program pembasmian kemiskinan kementerian dan agensi berkaitan.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berkata, e-Kasih bukanlah badan yang memberi bantuan seperti mana tanggapan banyak pihak.

“Pendaftaran terbuka hanya menentukan sama ada bancian terperinci layak dijalankan atau sebaliknya,” kata kenyataan ICU JPM, semalam. Maklumat dalam e-Kasih boleh digunakan untuk perancangan projek bagi penyaluran bantuan dan penyertaan projek oleh semua agensi yang diberikan akses.


E-Kasih ditubuhkan pada 2007 sebagai sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi memudahkan agensi pemberi bantuan memilih golongan yang layak menerima bantuan program pembasmian kemiskinan.

Kriteria menentukan status kemiskinan adalah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan PGK perkapita isi rumah ditentukan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam e-Kasih berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) yang sudah dilaksanakan dalam dua fasa sebelum ini.

Selain melalui kaedah pendaftaran terbuka iaitu dalam talian, pendaftaran juga boleh dilakukan menerusi laman sesawang http://www.ekasih.gov.my/
 
p/s: kita sebenarnya masih belum ada garis panduan yang tepat tentang Garis Panduan Kemiskinan? Cuba kita fikirkan masalah dibawah ini, yang mana satu yang dikatakan miskin (ini kisah yang kita jumpa seharian):
 
  1. Seorang ibu tunggal, tanpa pendapatan tetap, berkelulusan SRP (bekerja sendiri, pendapatan bulanan yang tak menentu antara RM800-1,500) mempunyai 5 orang anak dibawah 18 tahun, duduk dirumah sendiri. 
  2. Seorang ibu tunggal dengan pendapatan RM3,700.00/bulan berkelulusan diploma, mempunyai lima anak antara umur 28 ke 13 tahun, 3 anak telah bekerja, seorang menuntut di IPT dan seorang di sekolah menengah.
  3. Seorang ibu tinggal (bercerai) mempunyai anak 5 yang masih bersekolah orang berpendapatan RM 1,200/bulan, tetapi bekas suami tidak tampil membantu (walaupun Mahkamah Syariah telah menetapkan keputusan bantuan nafkah si ayah kepada kelima-lima anaknya), duduk dirumah sewa RM400/bulan.
  4. Satu keluarga yang keseluruhan pendapatan isirumah (suami isteri) RM3,000/bulan, duduk di rumah sewa, mempunyai 9 orang anak, 5 orang masih bersekolah, 2 orang menuntut di IPT dan dua orang telah bekerja tetapi duduk berasingan.
  5. Seorang ibu tinggal, bekerja sebagai pembantu kantin dengan pendapatan RM650/bulan dan kerja sampingan sebagai pembersih rumah sambilan pada Sabtu dan Ahad dengan upah RM35/hari (ditinggal suami tanpa nafkah selama lebih 8 tahun, tetapi tidak diceraikan) mempunyai 3 orang anak dua masih bersekolah dan seorang OKU (bersekolah, perlu lampin pakai buang dengan kos RM150/bulan), duduk menyewa RM350/bulan, dan bayaran kepada penjaga anak OKU RM150/bulan.
  6. Satu keluarga, hanya suami bekerja berpendapatan RM1,300/bulan mempunyai 5 orang anak di bawah 13 tahun dengan yang sulung adalah seorang OKU, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika, duduk menyewa RM400/bulan.
Yang mana satu miskin? Tu belum cerita yang mana satu dapat bantuan JKM, Zakat, Baitumal, Masjid, NGO................

No comments:

Post a Comment