Cara Mudah Untuk Memendekkan Umur
Mungkin tajuk post ini agak pelik kerana siapa yang mahu pendek umur kan? Tapi itulah yang biasanya dilakukan dalam kehidupan setiap orang iaitu cuba memendekkan umur mereka sendiri tanpa mereka sedari. Saya melihat kepada keadaan sekeliling dan juga melihat melalui sikap yang ditunjukkan oleh setiap orang terutama sekali sikap rakyat Malaysia. Kita sudah semestinya ingin memiliki umur yang panjang supaya dapat menikmati kehidupan bersama orang-orang yang tersayang dan juga dapat melakukan lebih banyak amal kebaikan di dunia ini. Antara cara mudah untuk memendekkan umur sama ada secara sedar atau tanpa sedar yang biasa dilakukan adalah:
Suka sangat merokok
Secaranya umumnya ramai yang sudah mengetahui kesan buruk merokok adalah sangat membahayakan kesihatan. Bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri malah juga membahayakan kesihatan orang-orang yang berada disekeliling juga. Merokok adalah punca kepada banyak penyakit kronik seperti kanser(otak, paru-paru, mulut), sakit jantung , selain menjadi punca kepada lemah fizikal dan mental. Kalau saya nak cakap tentang keburukan merokok ni ada banyak lagi sebenarnya. Penyakit-penyakit kronik seperti kanser adalah sangat merbahaya kepada nyawa seseorang. Jika tidak dicegah dari awal ia boleh membawa maut kepada seseorang penghidapnya. Walaupun seseorang itu masih lagi muda namun jika dia telah diserang oleh penyakit kronik ini maka hidupnya tidak akan bertahan lama. Dan rokok adalah antara punca kepada beberapa penyakit kronik tersebut.
No comments:
Post a Comment