PDK Selayang akan menganjurkan program Kinabalu Challenge & Borneo Adventure 2010. Program selama 6 hari ke Negeri Dibawah Bayu tersebut dijangka akan diadakan samada pada penghujung Mei atau Awal Jun 2011.
|
Mount Kinabalu-view from Kundasang. Do not only view from the photo. You'll be amaze when you're there. |
Jawatankuasa Penganjur program tersebut bercadang untuk membawa bersama seramai 5 orang OKU (masalah akal) bersama-sama dengan 3 orang Ibu Tunggal/Tinggal, 2 orang Warga Emas dan 5 orang kanak-kanak yang terdiri dari kalangan anak yatim dan anak kurang bernasib baik. Mereka akan diiringi oleh seramai 5 orang Petugas PDK bersama-sama beberapa orang sukarelawan/wati.
|
Via Ferrata-Highest in the World, eager to try it, ADA BERANI |
Jawatankuasa Penganjur juga menjemput beberapa buah PDK yang ingin bersama-sama menyertai program di atas. Sehingga kini 3 buah PDK dari Negeri Sarawak telah menyahut cabaran untuk bersama-sama menyertai program tersebut.
|
2 kilometers to Summit |
PDK-PDK di Daerah Gombak juga telah dijemput tetapi setakat ini hanya PDK Hulu Kelang sahaja yang menyahut cabaran tersebut.
Ini mungkin kerana masalah kewangan adalah halangan terbesar untuk mereka menyertai program tersebut, ini kerana kos untuk setiap peserta adalah dijangkakan sekitar RM1,600.00 seorang.
Peluang untuk menyertai program tersebut masih terbuka, ini kerana permohonan untuk mendapat permit mendaki, akan dibuat pada penghujung Disember ini. Oleh yang demikian PDK-PDK yang berminat masih mempunyai masa untuk mencari calon OKU untuk mendaki dan pengiringnya serta mendapat kerjasama dari ibubapa, keluarga dan Jawatankuasa PDK.
Syarat untuk menyertai adalah mudah, setiap seorang pendaki OKU (masalah akal dan masalah anggota yang minima) mesti diiringi oleh seorang pengiring yang sama jantina (jika peserta perempuan, pengiring mesti perempuan tetapi peserta lelaki, pengiring perempuan adalah dibenarkan). Dan, yang paling penting menpunyai kewangan yang mencukupi.
Badan/Persatuan Rekreasi/Kembara dari IPT adalah dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai program ini, yang mana selain dari sebagai salah satu aktiviti badan/persatuan mereka, mereka juga boleh menjadi sukarelawan/wati dalam membantu OKU ini untuk mendaki hingga ke puncak.
|
Bird View of 'Tip of Borneo' |
Selepas tamat mendaki, pada hari keempat mereka akan dibawa pula untuk melihat sendiri 'Tip of Borneo' dengan pemandangannya yang amat cantik disamping dapat menyaksikan sendiri pertemuan dua lautan iaitu Laut China Selatan (sebelah kiri) dan Laut Sulu (sebelah kanan) 'tanjung' tersebut.
|
Tip of Borneo |
Foto-foto ini bertujuan untuk menguatkan lagi jemputan untuk anda menyertai kami, bila lagi......?
No comments:
Post a Comment