Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, November 22, 2010

Lawatan Kerja Amal Pelajar SM Sains Alam Shah

Pada 9hb Oktober seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah melakukan lawatan kerja amal ke PDK Selayang. Mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring termasuk Encik Rijaludin yang juga merupakan salah seorang ayah kepada Pelatih OKU PDK Selayang.

Pelbagai Gaya mengecat
Mereka dipecahkan kepada empat kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai tugas masing-masing iaitu, mengecat dinding bahagian luar tingkat bawah bangunan PDK, membantu mengemas dan membersihkan peralatan PDK, melakukan aktiviti bersama-sama pelatih OKU PDK dan membantu menyediakan makanan dan minuman untuk mereka sendiri.

Semasa mendengar taklimat


Punye le seronok! Sampai tak perasan..........

Melakukan aktiviti bersama pelatih OKU PDK Selayang
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noraini Othman iaitu Penyelia PDK Selayang.

Unit mengemas


Semua aktiviti mereka tamat pada jam 1 tengahari dan mereka menjamu selera sebelum berangkat balik ke sekolah mereka.

Unit membersih
Menurut guru pengiring mereka, program ini merupakan program tahunan anjuran sekolah mereka, memandangkan setiap hujung tahun selepas tamat peperiksaan, tidak banyak aktiviti yang dilakukan di sekolah. Oleh itu mereka akan membuat lawatan kerja amal ke beberapa rumah kebajikan disamping membuat amal mereka juga akan bermuhasabah diri melihatkan kepada kekurangan yang dihadapi oleh rakan mereka di luar dari sekolah.
Dah hampir siap

No comments: