Oleh Mohd Ali Muhamad Don, Berta Harian 2010/09/04
Tidak Perlu Membazir Sambut Eidul-Fitri
JIKA diikutkan hati, segala-galanya mesti baru lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini. Daripada pakaian berjenama, perabot rumah, langsir dan tidak kurang juga berangan-angan menukar kereta.
Situasi itu menggambarkan betapa nafsu dan keinginan manusia tidak pernah puas lalu ada saja yang diinginkan. Malah, kehendak tidak terbatas seperti ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang dibelenggu beban hutang. Oleh itu, amalan mulia berhemah ketika berbelanja diseru oleh Islam. Pada masa sama, orang yang membazir bersahabat dengan syaitan sehingga dia jauh daripada rahmat serta petunjuk Allah. Umat Islam dinasihat supaya tidak mengikut desakan nafsu membeli apa saja tanpa menilai kemampuan kewangan kerana kelak diri sendiri akan binasa.
Allah berfirman bermaksud: Sesungguhnya orang yang membazir adalah sahabat syaitan. Dan sesungguhnya syaitan kufur kepada Tuhannya, (Surah al-Isra: 27).
Menurut Al-Syeikh Muhammad Ali Al-Sabuniy dalam kitab Safwatutafasir, orang yang membazir diumpamakan seperti teman syaitan kerana terbabit melakukan kerosakan dengan berbelanja pada jalan salah dan perkara maksiat.
Sila sambung baca dalam Berita Harian.
No comments:
Post a Comment