Tuesday, August 31, 2010

Setin Biskut Untuk Buang Ibubapa ke Rumah Orang Tua

BEGINILAH NASIB IBUBAPA ZAMAN INI.

Memang benar seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW: Sehingga satu masa nanti ibu akan melahirkan majikan (tuan) {maknanya anak/anak-anak akan memerintah ibu/ibubapa dan ibu/ibubapa akan akur pada permintaan anak.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.

SEDIH...pasangan warga emas terbabit di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan. Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit.

Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.

“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.

Nampaknya anak tersebut telah menunjukkan jalan kepada anaknya nanti, apa perlu dilakukan pada ibubapanya apabila mereka telah tua.

No comments:

Post a Comment