PDK Selayang masih mempunyai aktiviti-aktiviti sebelum menjelang Syawal 1432H ini. Antaranya ialah:
1. Iftar Ramadhan di UIA Gombak pada 22 Ramadhan 1432H. UIA menganjurkan Iftar Ramadhan tersebut dengan menjemput 90 orang kanak-kanak dari PDK Selayang yang terdiri dari OKU, anak yatim dan anak kurang bernasib baik. Mereka akan tiba diperkarangan UIA pada jam 5:00 petang dan akan mengikuti tazkirah Ramadhan di Masjid UIA.
2. Iftar Ramadhan PDK Selayang 1432H, akan diadakan pada 23 Ramadhan 1432H bertempat di perkarangan PDK Selayang. Seramai 250 tetamu dijangka hadir termasuk Pelatih PDK Selayang, anak yatim dan anak kurang bernasib baik, ibu tunggal dan ibu tinggal serta warga emas di bawah program perkhidmatan komuniti PDK Selayang.
No comments:
Post a Comment