Thursday, August 12, 2010

Kerjasama Antara PDK Selayang dengan MAKPEM

PDK Selayang telah bekerjasama dengan MAKPEM dalam menyediakan pelatih OKU PDK untuk sesi Kajian Kes dalam Kursus-Kursus yang dijalankan oleh MAKPEM.

Pada Kursus Asas Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Siri 2010 ini PDK Selayang juga telah menyediakan seramai 12 orang Pelatih OKU untuk sesi Kajian Kes dalam Aspek Pemulihan Anggota pada 10hb Ogos 2010 (Selasa), Pemulihan Carakerja (Rabu-11hb Ogos) dan Pemulihan Pertuturan (Khamis-12hb Ogos 2010).

Setiap sesi terapi seramai 4 orang Pelatih OKU disediakan dengan diiringi oleh 2 Petugas PDK. Hari ini seramai 4 orang lagi Pelatih OKU akan dibawa untuk sesi Kajian Kes Pemulihan Pertuturan yang akan dikendalikan oleh  Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin Jurupulih Pertuturan dari PDK Selayang.

No comments:

Post a Comment