Beri kerjasama kepada pembanci, jangan jadi pembenci!
BANCIAN Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPPM) kelima atau Banci 2010 bermula 6 Julai lalu dan dijangka berakhir pada 22 Ogos ini. Adakah anda sudah didatangi pembanci? Jika belum, nantikanlah kedatangan mereka dengan 'tangan dan hati terbuka'. Jangan tutup pintu rumah anda!
Tidak perlu risau dan kacau dengan kehadiran mereka. Usahlah menjadikan diri anda pembenci kepada pembanci. Pembanci tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan soalan-soalan mudah yang boleh dijawab oleh setiap ketua rumah.
Malahan sambil keluar membuang sampah, mencuci kereta atau menjemur kain baju pun, anda boleh menjawabnya.
Kecuali anda mempunyai ahli keluarga yang terlalu ramai sehingga sukar untuk mengingati tarikh kelahiran setiap seorang anak.
Setakat diri sendiri, isteri atau isteri kedua serta seorang dua anak, mungkin tidak sukar tetapi kalau dah ramai mungkin terlupa juga, terpaksa masuk ke rumah merujuk sijil kelahiran atau kad pengenalan.
Banci antara lain bertujuan mengumpul data mengenai penduduk yang digunakan untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar bagi memperkasa serta meningkatkan status ekonomi dan kualiti hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Khabarnya banci kali ini melibatkan kos RM200 juta dan tenaga kerja pula seramai 29,000 orang.
saya sendiri pernah menyiarkan entri berkenaan banci sebanyak 4 post. mmg sedih bila masyarakat tak beri kerjasama sebab saya dulu pn pernah membanci di tahun 2000 & tahu susah payah mereka
ReplyDeletePembanci sekarang untung banyak, kebajikan diambil kira, kalaun kena gigit anjing, masuk spital ke semua ditanggung, dulu masa tahun 90, sendri bayarleee!
ReplyDeleteTapi suasana 90 dengan sekarang memang jauh berbeza kurang-kurangpun 95% penduduk beri kerjasama, upah masa tu satu rumah baru 1.60 luar bandar, jalan satu hari dapat le 15 rumah.
Sekarang ni silap-silap lepas dapat bayaran ada yang boleh buat down payment keta.