Wednesday, August 11, 2010

HANYA 22 HOTEL & 51 DAPUR SAHAJA YANG HALAL DI KUALA LUMPUR UNTUK BERBUKA PUASA

HANYA 22 hotel, 51 dapur miliki sijil halal- Jakim


KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 hotel dan 51 dapur di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, Jakim mengambil pendekatan memaklumkan dan menasihatkan masyarakat Islam negara ini yang memilih untuk berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis berbuka di hotel agar memilih hotel atau premis yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan.

Dalam satu kenyataan, di sini, semalam, beliau turut menasihati pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahgunakan terma-terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti istilah ‘bufet Ramadan’.

Wan Mohamad berkata, mereka yang berbuat demikian boleh diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Menurutnya, dari Mei hingga Julai lalu, Jakim menerima permohonan dari sembilan hotel dan daripada jumlah itu, empat telah mendapat kelulusan manakala lima lagi sedang dalam proses. Beliau berkata, kelmarin sahaja, Jakim menerima permohonan daripada 10 hotel. - Bernama

KENA BERBUKA PUASA DI RUMAH LE GAMAKNYA

Kalau tak pun di Masjid

No comments:

Post a Comment