Berbuka di luar KEPELUAN atau NAFSU
2010/08/11 Oleh Nor Affizar Ibrahim affizar@bharian.com.my
SETIAP kali Ramadan, ramai umat Islam mengambil kesempatan berbuka puasa di luar seperti di hotel, restoran, kafe dan sebagainya. Malah, bukan sesuatu yang menghairankan, sebelum kedatangan puasa lagi ramai yang sudah pun bercadang dan merancang untuk berbuka puasa di luar. Apatah lagi, dalam masyarakat di negara ini belum pun umat Islam berpuasa, peniaga sudah pun mengeluar dan mengedarkan risalah serta katalog dan memaparkan iklan tawaran promosi berbuka puasa.
Potongan harga rendah dan pelbagai tawaran menarik yang diketengahkan menyebabkan ramai terpikat untuk makan dan berbuka puasa di luar. Lebih-lebih lagi, ada berpendapat, setahun sekali berpuasa lantaran itu apalah salahnya berbuka puasa bersama keluarga di luar. Selain itu ada juga yang berpendapat, cara atau pendekatan itu antara paling mudah untuk mengumpulkan ahli keluarga dan mengeratkan silaturahim.
Namun, sering kali berlaku berbuka puasa di luar boleh menyebabkan kos perbelanjaan keluarga meningkat, di samping sering berlaku pembaziran. Bukan mustahil perkara seumpama itu boleh terjadi kerana lazimnya, selepas seharian berpuasa jarang sekali individu boleh makan banyak walaupun terdapat aneka pilihan makanan yang ada depan.
Lalu, ada yang berasa rugi kerana makanan mampu ‘di terima perut’ tidak senilai dengan harga dibayar, mungkin mencapai sehingga beratus-ratus ringgit untuk seorang makan. Makan di luar juga pasti memerlukan belanja lebih banyak berbanding makan di rumah, ditambah lagi jika individu itu ingin mencuba menikmati makanan berbeza atau tidak sama dengan makanan yang mudah disediakan sendiri.
Kedua, dari segi kualiti makanan sama ada pemakanan yang berzat dan sesuai untuk anak membesar. Ketiga, kos keseluruhan. Ini bermakna, jika anak lebih dari lima biasanya berbuka di rumah lebih jimat, di samping boleh mengeratkan kemesraan keluarga. Amalan lebih baik, boleh berkongsi juadah berbuka puasa dengan jiran.
“Namun, jika ingin makan di luar ada beberapa cara terbaik atau yang boleh membantu individu itu untuk membuat tinjauan atau perbandingan harga terhadap sesuatu promosi ditawarkan. Ini termasuklah, melalui cadangan kawan, media bercetak dan maklumat internet. Contohnya, Googlekan "pakej bulan puasa". Ada banyak capaian memberikan maklumat mengenai pakej tahun lepas dan sekarang. Lepas itu buatlah perbandingan sehingga dapat memuaskan hati. Jika masih belum berpuas hati, buat panggilan telefon untuk bercakap secara langsung dengan kakitangannya,” katanya.
Selepas dapat jumlah bajet, cuba pantau dalam minggu pertama sama ada lari banyak dari bajet atau terkurang bajet. Kalau kurang baguslah kerana ia bermakna sudah ada duit lebih tetapi kalau asyik lari, kenalah hati-hati berbelanja,” jelas Sunthara secara ringkas dan menyarankan membaca buku tulisannya, Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang bagi mendapatkan format bajet terperinci.
Apa pun yang pasti, tidak kira sama ada memilih berbuka di luar atau di rumah, seharusnya ia bertitik tolak daripada kesedaran dan perancangan kewangan yang teliti. Untuk itu, rancanglah perbelanjaan dengan rasional dan teliti setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan sekeluarga setiap hari.
Selain itu umat Islam harus ingat, Ramadan adalah bulan untuk berpuasa dan sewajarnya soal makan tidak dijadikan keutamaan sehingga melebihi keinginan mendapatkan lebih banyak pahala dalam melakukan ibadat puasa itu sendiri.
No comments:
Post a Comment