Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Sunday, June 20, 2010

Menjaga Bateri Laptop Anda Supaya Usia Lebih Lama.

Anda baru beli Laptop?

Semasa anda baru menggunakannya anda dapati ketahanan (masa guna) bateri laptop tersebut anda dapati menepati atau hampir 95% menepati masa guna yang tertera samada pada hardware atau dalam software laptop anda.

Biasanya antara 3-4 jam, tetapi sekarang ada yang nyatakan sejauh penerbangan dengan kapalterbang dari Kuala Lumpur ke London, 8 jam tu... Apa betulll?

Memang betul masa anda baru guna laptop tersebut sehingga selepas 3-6 bulan, tetapi selepas itu prestasinya akan menurun-menurun-menurun-menurun dan akhir sekali kong kali kong. Ada antaranya tak sampai setahunpun dan kaput....antau recycle saje leeee.

Biasanya kalau anda tanya penjual laptop mereka akan kata, wuuii yooo!!! boleh tahan 3 taun maaaa!!!

Tetapi, persoalannya..... Bagaimana ekk?

Apa yang perlu anda lakukan dan apa yang tidak boleh anda lakukan.

Biasanya kebanyakan pengguna, main belasah je, lepas tu menyungut bateri dah stat sengal-sengal, sebab yang menggunakannya kekadang sengal gak (tapi bukan semua),

Saya belajar dari kesilapan yang saya lakukan dahulu, sebab saya pun dulu sengal gakkkk, macam korang heeee.............Bateri laptop pertama saya kong dalam masa 15 bulan selepas dibeli, sebab cas penuh 40 minit, guna 15 minit je....... ape nak buat, taik kambing bulat-bulat, bukan boleh buat ubat.

Bateri laptop kedua saya (saya beli jenama yang sama, nak tau jenama apa, tanye leeee) masih ada 3 jam 20 minit masa guna walaupun dah beli hampir 2 tahun lalu, jeng jeng jeeennnggg.... haaaa ikut pemuda ini (sebab saya masih muda, takleh pakai PETUA, sebab yang untuk otai jeee)

Apa yang perlu anda lakukan DAN YANG TAK BOLEH ANDA LAKUKAN. Kalau anda nak lakukan jugak, buatjele... bukan ghete saya, ghete awak.

1. Bila beli je laptop, pastikan anda caskan bateri untuk kali pertama selama anta 6-8 jam, TAPI AWAS jangan sampai 10 jam, nanti lagi cepat nyooot.

2. Bateri tu guna masa takde karen je, kalau ada karen jangan guna bateri, CABUT BATERI guna karen terus. KAN SONANG!!!

3. JANGAN SEKALI-KALI PASANG BATERI (KALAU DAH PENUH) DENGAN KAREN SKALI. Bateri tersebut boleh dicabut tak perlu shut off laptop, tapi kalau takut rambut kerinting kena karen baik off karen dulu dan shut off laptop (keselamatan mesti diutamakan).

4. Ketika anda menyimpan bateri dalam saku beg laptop anda (atau dimana-mana pun) pastikan bateri tidak bersentuh dengan apa-apa logam (metal lah kata orang Melayu), sebab jika bersentuh dengan point bateri yang berceranggah tu, casnya akan keluar seperti macam digunakan malahan lebih cepat lagi dari digunakan pada laptop. BIASANYA bateri yang telah dicas penuh yang disimpan dengan baik (contoh dibungkus dengan plastik/kertas/kain-asal JANGAN dengan kertas timah rokok atau aluminium foil) cas bateri tersebut akan menyusut dan discas sepenuhnya dalam masa antara 60-90 hari (KALAU TAK PAKAI BEEEB, ha tu bukan KL-Ldn lagi, pusing dunia 80 kalipun bateri xabeh).

5. JANGAN PASANG BATERI PADA LAPTOP JIKA TIDAK DIGUNAKAN, sebab casnya akan keluar juga biasanya antara 7-15 hari jika anda takgunakan laptop, anda akan dapati.... nyawa bateri dah nazak (walaupun masa simpan dulu bateri penuh).

6. Cuba elakkan bateri dari terjatuh, terkena cecair penghakis seperti asid, shampoo ke, sabun ke walau air mineral sekalipun, atau terkena air liur anak anda - sebab anak anda gigit bateri tersebut (sebab nak asah gigi dia), letak tempat yang kena panas cahaya matahari, dengan dengan cellphone (handphone le) atau dekat/cantum dengan magnet.

7. Tak perlu shut off laptop, HIBERNATE je. Sebab bila anda shut off laptop, pertama anda kena ambil masa untuk on semula, MASA ON NI PALING KUAT GUNA BATERI-lebih kuat dari anda guna speaker level 100, dari masa restart dari keadaan hibernate, 10-15 saat dah boleh guna semula, dan tak banyak guna cas. APA X PECAYA KA???

Potuo ini (eh eh! POMUDO ini) ando tak dapek kek kodai mamak doh, KALAU TAK CAYO... CUBO, KALAU TAK CUBO... MANO EKAU TAUUU!

dari


eDEN (TMYZ).

Kalau tak jumpo, pi caghii kek PDK Solayang.

No comments: